Saturday, February 18, 2012

*part 2*

“Wah cantiknya skirt ni! Terima kasih kak Yaya ” adik memelukku kuat. Ingin sahaja kutampar, sudah dewasa pun masih berlagak seperti anak kecil! Ibu tersenyum sahaja melihat gelagat kami bertiga. Kak long Lisa pula kuberikan sepasang kasut Scholl. Bukannya apa kak long memang susah membeli kasut kerana saiz kakinya yang agak kecil iaitu saiz 4. Kebetulan semasa aku membeli-belah di Manila tempoh hari, aku terjumpa kasut yang menepati saiz kakinya. Untuk anak sulong kak long, Syahmi yang berusia 8 tahun itu aku hadiahkan sepasang kasut crocs berwarna biru. Anak buahku itu memang suka warna biru. Sementara adiknya yang berusia 6 tahun itu, Syazwina aku hadiahkan kasut serupa berwarna merah jambu! Barulah tidak bergaduh.

“Abah mana? Dia taknak hadiah dia ke?” soalku. Seketika kemudian abahku muncul di pintu bilik. Segera kuhulurkan sehelai kemeja yang bergulung. Dia mengibas baju itu perlahan-lahan. Sehelai kemeja batik hasil kraf tangan orang Manila. Warna perang emas itu sesuai dengan abah.

“Cantiknya abah! Eh, kat abang Syazfar kau tak beli jugak ke? boleh boria dengan abah”, cadang kak long. Aku membaling kearahnya sebiji bantal kecil. Semua disitu tertawa melihat gelagat kami berdua.

“Adalah, tapi tak secantik abah punyalah kan?” ucapku sambil mengenyit mata kearah abah. Wajah tua itu menyambut aksiku dengan senyuman nakalnya.

“Ibu? Kak Yaya belikan apa?” soal adikku tidak sabar. Eh, dia pula yang berlebih-lebih!

“Mestilah ada….” Kemudian aku hulurkan sehelai kain bergulung. Ibu membuka gulungan itu perlahan-lahan. Sehelai kebaya sutera berwarna perang emas.

“Matchinglah! Bolehlah pakai sama-sama untuk malam berinai adik nanti. Kan adik pakai colour gold? Nanti korang belilah baju gold!” ucap adikku dengan teruja.

“Terima kasih Yaya. Susah-susah je”, ucap ibu dengan senyuman menawannya. Aku sekadar menggelengkan kepalaku. Tinggal satu sahaja lagi hadiah yang masih belum sampai kepada pemiliknya. Hatiku tertanya-tanya, mengapa tiada siapa yang menyebut tentangnya.

“Kak long, dia tak datang ke?” soalku perlahan. Waktu tu kami sudah bersendirian di dalam bilikku. Aku sedang menyusun bajuku kedalam almari.

“Siapa?”

“Abang Ngah”, perlahan kusebut nama itu. Entah mengapa.

“Entahlah Yaya. Dia tak contact engkau ke?”

“Takpun last time dia call adalah dalam tiga bulan dulu. Masa tu tak bagi tau lagi kat dia yang I’m coming home”, terangku.

“Maybe nanti dia contact kau kot. Slow talk lah dengan dia. Kesian adik. Dia cuma hantar cheque je”

“Berapa?”

“Tiga ribu”

“Gila apa die tu? Dia ingat duit boleh belikan dia sebab untuk tak attend wedding adik sendiri?”

“Don’t ask me, that’s your abang”, sinis kata-kata kak long. Hai, Lukman Lutfi! Macam-macam kerenah kau! Gerutu hatiku. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Muncul nombor yang tidak dikenali, seingat aku nombor yang baru kubeli ini hanya ahli keluarga terdekat yang ada?

“Hello”

“Wah merdunya suara kau malam-malam ni. Rugi aku tak rajin call dari dulu-dulu”, kedengaran jelas suara nakal Rizman. Aku tersenyum sumbing. Ada-ada sahaja si Rizman ni!

“Kepala hotak kau! Mana kau dapat number aku ni? Bukan aku tak bagi ke bile kau mintak tadi?”

“Hello awek tu lah gunenye adik ipar! Tanye la kat adik kau”, ujar Rizman selamba. Adik ipar? Aku pula yang confuse.

“Hello sejak bila Laili jadi adik ipar kau? Kakak aku dah kawin lah! And yang tinggal abang ngah aku aje. Takkan lah kau tiba-tiba nak jadi gay pulak?” seronok aku mengusik jejaka 27 tahun itu.

“Dungulah kau ni cik adik! Takpelah kau buat-buat lah tak paham, okey? Ni aku nak ajak kau jadi dinner date aku”

“Ceh, tak romantic betul. Macam tu je? Takkan takde bunge?”

“Karang kau pengsan pulak kalau aku bawak bunga! Ni my dad punye company ada buat annual dinner malam esok. Actually aku dah nekad nak pergi solo je. Previously aku bawak secretary aku. But dia dah kawin tahun ni, jadi dia nak pergi dengan husband dia. Tapi macam takdir je aku jumpa kau hari ni. Kalau kau free, temankan lah member baik kau ni”

“Oh, kau nak sewa aku jadi girlfriend kau untuk malam esok lah ni? Takkan takde upah?”

“Upah? Tak gune punye kawan. Okaylah aku belanja kau makan nanti”

“Hey, aku ade better idea. Apa kata kau tolong buat keje kawin kat umah aku nanti? Nak tak?”

“Abis tu kau ingat bangi dengan Subang tu dekat ke? Mana aku nak tido?”

“Tido la umah aku. Memanglah tak sebesar rumah kau, tapi kalau setakat sekor mamat bujang bolehlah merempat kat hall ke, bilik tv ke”

“Bilik kau?”

“Kalau nak mampus bolehlah!” ujarku sambil tertawa.

“Hah, habis kau nak tak nak ni?”

“Aku tanya bapak aku dululah. Pasal malam kan, and aku duduk rumah dia jadi kenalah mintak izin dia dulu. Nanti aku sms kau lah bagitau ok?” Rizman tersenyum mendengar jawapan Laila. Sungguh berkesan didikan Encik Lutfi, mana ada lagi gadis sebesar panjang itu minta izin bapa untuk keluar lagi pada zaman ini?

Abah sekadar mengangguk menyatakan persetujuannya. Namun sempat juga dia bertanya siapa. Mujur dia masih lagi ingat Rizman yang keletah itu. Adalah beberapa kali Rizman singgah dirumahku. Sewaktu hari raya. Jangan dia salah faham sudah! Rizman bukan main seronok lagi waktu aku menelefon dia memberitahu tentang keputusan Abah. Sempat dia beritahu untuk pakai warna cream. Katanya tema majlis. Macam kenduri kawin pulak!

“Wah cantinya kak Yaya!” usik adikku Laili yang sedang bersandar di bingkai pintu. Aku merenung diriku sendiri di dalam cermin. Cantikkah? Sehelai kebaya pendek mengikut tubuh berwarna cream. Terdapat sulaman berwarna coklat dihujung tangan dan kaki kain. Aku mengenakan tudung rona coklat serupa. Bagiku ianya cukup ringkas. Tiada apa yang berlebih pun.

“Dahlah cair cermin tu nanti. Cepat turun dah lama Rizman tunggu dibawah”, tiba-tiba suara abah berkumandang jelas di pendengaranku. Alamak malunya!

Berhati-hati aku menuruni tangga. Dan Rizman pula terus merenung aku tanpa lepas saat mata kami bersabung. Tak betul apa mamat nih? Sempat kucuri lihat di tangan kanannya terdapat satu jambangan mawar merah mekar. Wah, dapat bunga ! Serius pula si Rizman ni!

“Okeylah uncle, kami gerak dulu. Dah lambat ni”, Rizman bersalaman dengan abahku. Ibuku agak kaget apabila Rizman menghulurkan jambangan mawar merah itu kepadanya.

“Untuk auntie ke?” soal ibuku.

“Yelah, takkanlah untuk uncle pulak?” Rizman bergurau. Namun jambangan itu Ibuku sambut jua. Kami beriringan keluar. Hari ini Rizman memandu sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam. Wah, mentang-mentanglah bapak dia kaya, suka hati je tukar-tukar kereta!

Aku hanya membisu sehingga kami berada didalam kereta. Dia juga memilih untuk mendiamkan diri. Jadi mengapa aku yang harus berkata-kata? Hmm, Rizman kau ni memang nak kena! Dah ajak aku, tapi buat macam tak kenal saja!

“You marah ke Laila?”

“Eh, apasal pulak nak marah?”

“Habis you tak cakap apa-apa pun sejak naik kereta tadi?”

“Laa? Macam tu pulak? You nak I mulakan conversation? You yang invite I, you kena lah play the role of the host”, terangku panjang lebar.

“Oh, ingatkan you merajuk sebab I tak bagi you bunga tadi” usiknya tiba-tiba.

“Takkan nak merajuk pasal tu? Kalau I girlfriend you kotlah!”

“Tapi for tonight you memang play the role of my girlfriend kan? So you have the right to merajuk, okay?”

“Merepek lah you ni!” entah mengapa aku kurang selesa dengan pernyataan itu. Kereta itu berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah di suatu simpang. Rizman berpaling untuk mengambil sesuatu di seat belakangku. Satu jambangan Casablanca lilies berwarna kuning air dihulurnya untuk aku. Aku terkedu. Tidak kusangka dia masih ingat bunga kegemaranku.

“I masih ingat. Yang paling unik, yang paling mahal”, ujarnya bersahaja seolah-olah mengetahui apa yang bermain di benakku.

“You tak perlu susah-susah Rizman”, aku menelan liur. Entah mengapa tiba-tiba aku rasa aneh.

Ramai orang memenuhi Grand Ball Room Hilton Hotel malam itu. Pelbagai gaya dan rupa. Namun yang anehnya bukan semua yang hadir memakai warna cream. Aku salah dengar ke? Namun Rizman mengenakan sehelai kemeja berwarna cream berbelang coklat. Hensem pulak mamat ni tiba-tiba! Dengan seluar coklat tua berpotongan ala-ala boot cut, dan sports jacket pendek berwarna cream, dihias dengan benang jahitan hitam, Rizman memang nampak macam pelakon! Okeylah, dia memang dah hensem, sebab mak dia campur orang putih. So, pakai apa pun memang hensem!

“Apasal you tengok I sampai macam tu sekali Laila? Baju I terbalik ke?” tanpa sebarang ‘signal’ Rizman bersuara. Terkejut aku dibuatnya. Automatik sahaja aku memegang lengannya. Aku memang lemah semangat. Kalau silap haribulan boleh terduduk aku kalau disergah tak kena tempat!

“Taklah. I baru je perasan, hidung mancung you tu macam senget sikit”, sengaja aku berkata begitu. Malu sebenarnya.

“Mana ada”, dia menyentuh hidungnya. Nak tergelak juga aku dibuatnya. Dia percaya pulak.

“Wah, Encik Rizman that’s a good looking company you have for tonight. Saya ingat Encik Rizman nak datang solo malam ni?” seorang wanita berbaju dress paras lutut dengan rambut yang diwarna perang menegur kami.

“Oh, Anita. Ini kawan saya, baru balik dari Philipines. Kenalkan Laila, ini secretary Riz, Anita. Anita this is Laila”

“Hello”, kami berjabat tangan. Senyuman wanita itu tampak ikhlas. Dia berbual seketika dengan kami dan dengan sopan meminta izin untuk pergi. Sempat dia memuji bahawa kami pasangan yang sangat ideal pada malam itu. Siap memakai warna yang sama lagi! Hatiku tiba-tiba sahaja panas. Macam dah kena tipu sahaja aku ni!

“You nak cerita tak kat I kenape, kite je yang pakai colour cream?”

“Mana ada kite je, tu girl kat depan tu”, muncung mulutnya menunjukkan seorang wanita Pan-Asian yang memakai sehelai evening dress berwarna cream.

“Riz, you kata dengan I, tema tau. Maknanya everyone was suppose to wear cream. Ini kita dah nampak macam pengantin baru pulak!” getusku. Sukanya dia melihat kumarah! Bukan main lebar senyumannya. Lama kelamaan aku turut menguntum senyum.

“Haa, kan lawa tu”, usiknya. Namun senyumanku entah mengapa tiba-tiba mati, saat pinggang wanita jelita Pan-Asian itu dirangkul seorang jejaka. Afif.

“Eh, tu Afif la”, Rizman segera bergerak menuju kearah Afif. Spontan aku yang sedang memegang kemas lengannya bergerak sekali.

“May I enquire, who is this very pretty lady right here?”

“I can ask you the same thing”, balas Afif. Merah padam wajahku!

“Okay, as you already know. Laila Lutfi”, balas Rizman acuh tidak acuh sahaja. Anak matanya yang berwarna perang cair itu tetap tertancap pada wanita Pan-Asian yang setia disisi Afif itu.

“Laila ke? Tak cam pulak tadi, you look different. Oh, kenalkan ini Linda Torres. Anak Encik Johari Torres dari Torres & co. Linda ini anak big boss, Rizman Dato’ Razali”, Rizman berjabat tangan dengan wanita itu. Hmm, tidak pula dia menghulur tangan kepadaku tadi.

“No wonder lah you look like a model. Your dad owns one of the biggest fashion emporium here in South East Asia”, dan mereka terus berbual tentang Fashion Moda. Aku pula hanya tersidai disitu seperti besi buruk yang sedang tersengih. Afif yang pendiam itu kadang kala mencelah. Entah bila, beberapa orang lain menghadiri kumpulan kecil kami itu. Pelayan-pelayan menyelit-nyelit di antara kami sambil membawa dulang berisi minuman. Aku mengambil segelas punch dan berlalu pergi. Bukannya Rizman sedar pun tentang ketiadaanku. Majlis makan malam akan bermula setengah jam lagi. Pasti mereka akan berbual lama lagi. Aku mudah bosan. Apatah lagi apabila aku sikit pun tidak tahu menahu tentang apa yang dibicarakan! Pantas sahaja kakiku mengatur langkah kearah balkoni. Aku menolak pintu kaca ala-ala zaman Victoria itu. Sepasang kekasih sedang bercangkerama dihujung balkoni itu. Aku buat tidak kisah sahaja. Biarlah, bukan balkoni bapak aku pun! Malam di Kuala Lumpur memang tidak pernah sunyi. Kenderaan terus beratur panjang diatas jalan raya. Tambahan pula, Hilton memang terletak ditengah-tengah pusat bandaraya. Aku bersandar di balkoni itu sambil menghirup udara malam.

“Not so fresh, but it’s okay”, kataku kepada diriku sendiri.

“True. Maybe lagi better dari atmosphere kat dalam kot?” aku segera menyentuh dadaku. Terkejut aku dibuatnya. Lantas aku berpaling. Orang terakhir yang akan aku jangka menegur ku diluar sini.

“Afif. Dah habis berbual ke?”

“Are you kidding? Kalau si Rizman tu dah mule, esok Subuh pun tak habis lagi. Besides you pun macam boring je. Slip away macam tu je, tak kate apa-apa pun”

“Sebab I memang tak kata apa-apa dari tadi. So why should I announce, betul tak? I felt like a third wheeler je tadi”

“Dengan siapa? Linda and Riz? Macam jealous je?” duga Afif. Namun aku terus berwajah selamba.

“Jealous? Lambat lagi lah Encik Afif. Dengan romeo macam tu you can’t take him entirely too seriously. Nanti you yang susah. Tapi I dah kawan dengan dia too long di uni. I think it’s very unlikely he would want a girl like me. I ni kawan emergency Encik Afif”, aku sertakan senyuman dengan pernyataan itu.

“Sounds like you know him well. But it’s he’s lost right? So you single lagi la ni?”

“Looks that way to me”, aku tergelak kecil.

“So, apa you buat kat sini?” soal Afif kepadaku.

“I can ask you the same thing”, usikku.

“Oh, ambil fresh air. But I forgot it’s KL. Mana ada fresh air. All contaminated air, thank god not poisonous though. Kalau tak tak panjang lah umur kita”, aku mulalah mengarut kalau dah berdebar ni.

‘Janganlah dia tahu aku ikut dia ke luar sini!’ Getus hati Afif.

“So how long have you’ve been with Linda?” soalku tiba-tiba.

“Macam mana you boleh kenal that guy yang you suke masa high school tu?” balasnya pula.

“I get it, too personal”, aku agak terasa. Namun siapalah aku hendak bertanya itu ini kan?

“Linda? No, business date je tu”, balasnya. Business date boleh pegang sampai macam tu sekali? Gatal sahaja mulutku ingin bertanya. Namun kali ini aku memilih untuk senyap sahaja.

“You tak nak jawab ke, Laila?”

“Hah?”

“Your high school sweet heart tu?” soalnya lagi. Berdegup kencang jantung aku saat itu. Macam tahu-tahu je dia ni.

“Masa form five. Pergi satu pertandingan ni. Lawan team dia”

“Lelaki lawan perempuan?” soalnya hairan. Aku mengangguk.

“Pertandingan apa tu?” alamak nak bagi tau ke tak? Tiba-tiba terdengar bunyi suara seorang lelaki menerusi pembesar suara memanggil semua tetamu untuk mengambil tempat. Dia tersenyum dan sempat pula berkata, lain kali. Takut juga aku dibuatnya.

Kami berjalan beriringan menuju ke arah meja makan. Entah dari mana Rizman muncul. Dia memberitahu bahawa kami akan duduk di meja VIP di bahagian hadapan, betul-betul menghadap pentas. Wah, rasa macam artis pulak! Namun tidak pula kujangka bahawa kami akan duduk semeja dengan ibu bapa Rizman serta adik lelakinya. Tidak cukup dengan itu, ibu bapa Afif dan adik perempuannya turut ada. Rizman meminta agar aku duduk bersebelahan dengan ibunya. Di sebelah kiriku dirinya. Gugup aku dibuatnya apabila panahan tajam mata Datin Sherry berterusan menikam bola mataku! Namun yang lebih membuatkan aku seram ialah apabila, Afif tiba-tiba mengisi tempat kosong dihadapanku! Mujurlah ianya sebuah meja bulat. Jadi kami tidaklah sebegitu hampir. Cuma aneh kerana aku tidak dapat lari daripada memandang wajahnya. Kerana mustahil aku mahu berpaling kekanan dan menghadap wajah kacukan Inggeris Datin Sherry, mahupun kekiri dan merenung wajah Rizman yang telah menyebabkan aku kesepian sama sekali malam ini.

Juruacara majlis membacakan sebaris dua sajak. Kemudian mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir sebelum upacara membaca doa makan dijalankan. Lampu digelapkan dan yang menerangi kami hanyalah sekadar lilin yang sememangnya sudah berada diatas meja makan kami. Dalam kesuraman suasana itu, aku mengambil kesempatan untuk mencuri pandang kearah Afif sepuas-puasnya! Belum tentu aku dapat bertemu dengannya lagi selepas ini. Sedang aku asyik menikmati hidangan dan ‘pemandangan indah’, aku tiba-tiba sahaja menjadi tumpuan 9 pasang mata dimeja makan itu.

“Laila kerja dimana?” soal Dato’ Razali.

“Vista International di Manila”

“Dah lama ke kenal Rizman?”

“Dari masa first year di universiti dulu”

“Oh, I wonder kenapa baru sekarang dia nak kenalkan Laila dengan kami”, ucapnya lagi penuh makna sambil mengenyitkan mata kirinya kepada Rizman. Hampir sahaja aku pengsan! Mak hai! Padanlah anak dia bukan main lagi kasanova, bapaknya pun sama. Suara Dato’ Razali ketika berbual memang lembut, dan dia merenung tepat kearahku apabila bertutur.

“So, Laila kerja sebagai post apa di Vista? It’s a big company, and sending a woman to overseas, you must be really good”, tiba-tiba sahaja Tan Sri Zuhairi menyoalku. Afif merenungku dengan senyuman ringkas.

“Human Resource Manager, merangkap team leader untuk department saya disana”, terangku seringkas mungkin.

“Wow, that’s usually a man’s place”, dia kelihatan seolah-olah tidak percaya.

“I believe, today gentlemen, a woman can work and play like a man”, balasku.

“Saya sokong dengan teori tu kak Laila”, tiba-tiba gadis manis berwajah Cina itu bersuara. Kalau tidak silap aku namanya Awatif Haifa’. Aku yakin dialah gadis yang menjawab panggilan telefonku sembilan tahun dahulu. Oh, ya mungkin aku terlupa nak beritahu, aku pernah cuba menghubungi Afif sekali. Dan panggilanku disambut adik perempuannya. Dan aku tidak pernah mencuba lagi selepas itu.

“Thank you Haifa’”, balasku.

“So, dah lama ke Laila kerja di Manila?” soal Tan Sri Zuhairi lagi.

“Baru last year. Still new”

“Did you work for Vista straight away after grad?”

“Actually saya pernah jadi Management trainee di company Tan Sri. But that was before the merge”

“Cawangan mana?” soal Afif tiba-tiba.

“HQ. Di Pj. Tapi saya kerja dalam dua-tiga bulan, lepas tu Vista offer saya Junior manager post”

“Wah, I have to talk with Encik Suhaimi ni. Macam mana dia boleh lepaskan you pergi ke Vista. He should know better, kalau a girl gets offered for such a post in Vista she must be really good”

“Mungkin memang rezeki saya di situ Tan Sri’, tidak berapa selesa aku mendengar pujian Tan Sri itu.

“Untung you Zali. Kalau jadi, you suruh dia jadi pengurus cawangan. More family in the business”, cadang Tan Sri Zuhairi. Dato’ Razali mengangguk sambil tersenyum. Aku pula yang segan. Rizman tersengih suka. Apa yang nak senyum pun aku tak faham. Bukannya aku dan dia ada sebarang hubungan pun.

“Jadi tak nak reconsider ke Laila? Auntie pun ada anak lelaki”, Puan Sri Aishah mengusikku dengan senyuman nakal.

“Eh, anak apa? Ni I kan ada tiga lagi empty space”, Tan Sri Zuhairi mencuit tangan isterinya manja. Kami semua tergelak. Kami terus berbual. Nampaknya, adik Rizman, Risyam tidak ada gaya seorang playboy. Dia lebih jujur dan simple, bagikulah! Semuanya rancak bersuara kecuali Linda dan Datin Sherry. Takut juga aku. Tapi apa yang patut mereka risaukan? Aku bukannya lama dalam dunia mereka bukan?

Sesudah menikmati hidangan pencuci mulut, kami dihiburkan dengan persembahan kebudayaan negeri Johor. Yang merupakan negeri tempat kelahiran Dato’ Razali. Kemudian, Tan Sri Zuhairi dijemput naik kepentas untuk memberikan ucapan. Ucapannya ringkas dan bernas. Namun penutupnya lebih menarik minatku.

“Baiklah, sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada malam ini, saya ingin mengumumkan pertunangan anak lelaki sulong saya dengan Linda Torres. Perhubungan ini bukan sahaja lagi mengeratkan persahabatan antara dua orang teman rapat, bahkan mengeratkan lagi usahasama antara dua syarikat gergasi tanah air”, dan tepukan gemuruh mengisi ruang dewan. Aku mencuri pandang kearah Afif. Dia nampaknya terkejut seperti kami jua. Linda pula bukan main lagi memeluk lengan Afif. Geramnya aku!

Aku sudah tidak senang duduk lagi. Kedengaran jelas bunyi para hadirin yang berbisik-bisik. Pastinya sedang berbicara tentang pengumuman itu. Aku memilih untuk menundukkan sahaja wajahku semasa Dato’ Razali memberi ucapan. Selepas itu beberapa artis jemputan mendendangkan lagu masing-masing. Namun hatiku tiada disitu. Entah mengapa aku sendiri tidak faham? Bukankah apa yang aku rasa untuk Afif sudah 9 tahun berlalu? Aku tidak sepatutnya rasa sebak didada. Namun mengapa mataku berkaca. Muncul pula rasa sakit dibahagian dadaku yang tidak pernah kutahu wujud pun sebelum ini. Sebaik sahaja Tan Sri dan Dato’ berangkat ke ruang rehat VVIP aku bingkas bangun tanpa sepatah kata. Aku bergerak menuju ke powder room. Namun tidak kujangka Datin Sherry akan mengekoriku. Ketika aku sedang mengesat air mataku yang tiba-tiba tumpah, bahuku disentap dari arah belakang.

“Oh, why the tears? You’re not seriously sad because my husband didn’t announce your engagement to our son did you?” soalnya sinis. Terkedu aku dibuatnya. Apa pula masalah wanita ini?

“Datin, I…”, tak terkata aku dibuatnya!

“Listen now, girl. I have bigger plans for Rizman rather that a foolish girl, like you. Do you think I seriously believe that you can work for Vista? God forbid if you even finish your high school. Maybe those silly old men can believe your success stories but I know better. Stay away from both, Rizman and Afif! I know you were looking at Afif. Picking a richer target, huh? Tolonglah kesiankan mak bapak you, I’m sure they did taught you something right? I mean they went to school kan?”, katanya lagi dengan angkuh. Hampir sahaja aku menelan anak tekak ku sendiri. Namun sejak bila pula aku jadi penakut ni? Ini sudah melampau. Habis mak bapak aku sekali dibawanya bersama dalam ‘drama swasta’ ini!

“Datin, I’m sorry if you don’t like me. But you are way out of line and I’m not interested in your son. He is not my taste and so are you”, dan aku segera memanjangkan langkahku keluar dari powder room itu. Aku sedar ada yang menyaksikan ‘percakaran’ kami tadi semasa didalam tadi. Namun bukan masalah aku, aku bukannya bekerja pun di situ! Aku tidak lupa bahawa aku tiba dengan Rizman. Namun aku lebih ingin keluar dari situ dengan segera. Dan aku sedar Casablanca liles aku masih didalam keretanya. Namun penghinaan ini terlalu besar bagiku. Tidak pernah seumur hidup aku dituduh sebegitu. Sungguh aku tidak menyangka betapa cerita Hindustan yang aku gemar tontoni selama ini, akan mempengaruhi plot didalam babak hidupku pada malam ini! Sebaik sahaja aku tiba di grand entrance Hotel Hilton itu, kelihatan diluar sana hujan sedang menggila turun membasahi bumi Kuala Lumpur. Kemudian aku tiba-tiba teringat, bahawa dibawah sini terdapat KL sentral bukan? Sedang aku menimbang-nimbang fikiranku, mataku menangkap sesusuk tubuh yang cukup aku kenali, Rizman! Dia sedang berlegar-legar di ruang lobby bersama beberapa orang lelaki sambil berbual. Tanpa berfikir lagi aku segera berlari keluar dari entrance utama. Aksiku diperhati sahaja beberapa orang pelancong asing. Pasti mereka menyangka aku sudah gila! Aku rasa aku bertambah gila apabila aku tiba-tiba berlari kearah jalan besar dan habis tubuhku basah lencun disimbahi air hujan. Entah berasid atau tidak?

Aku terus berjalan didalam hujan itu tanpa arah tuju. Seolah-olah aku cuba membasuh ingatan malam ini. Memadam kotak memoriku. Aku tidak pernah bertemu Rizman. Jadi aku tidak perlu bertemu Afif. Dan aku tidak perlu mendengar pertunangannya diumumkan. Aku tidak perlu dihina sebegitu rupa oleh seorang wanita yang barangkali tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti pun! Arghh, aku rasa seperti ingin terjun bangunan sahaja. Dan yang aku paling tidak puas hati ialah, aku masih suka pada Afif! Sedangkan dia tidak kisah, tidak tahu, tidak akan pernah tahu tentang hal ini! Pening.

Pin! Pin!! Hampir sahaja jantungku tercabut. Gila apa? Aku bukannya berjalan ditengah jalan pun? Mengapa perlu hon aku? Aku buat tidak kisah sahaja dan terus melangkah pergi. Namun dengan tiba-tiba terasa genggaman hangat sepasang tangan dibahuku. Tubuhku dipusingkan. Aku sudah bersedia. Barangkali aku sedang dirompak. Aku memejamkan sahaja mataku. Dan berdoa.

“Are you insane? Jalan dalam hujan macam ni?” terdengar seseorang berkata kepadaku. Aku hanya sekadar mengangguk. Namun aku masih memejamkan mataku. Mungkin ini semua mimpi. Mungkin aku masih di Manila.

“Open your eyes, damn it!” kerah pemilik suara itu. Perlahan-lahan aku membuka mataku. Dan apabila terpandang wajah itu, aku merebahkan diri dalam pelukannya. Dan aku tidak ingat lagi apa yang berlaku selepas itu. Gelap. Semuanya gelap gelita.

Terasa sedikit perit pipiku ditampar perlahan. Namun aku merasa sungguh selesa berada didalam pangkuannya.

“Yaya, bangun Yaya. Don’t scare me like this, please”, dia membawa aku kedalam pelukannya. Aku ingin sekali membalas pelukannya. Namun aku tidak terdaya. Lenganku terasa berat. Kelopak mataku terasa seperti di gam bersama.

No comments:

Post a Comment