Saturday, February 18, 2012

sappy stuff. i wrote this a million years ago. *part 1*

Aku merenung kehadapan, lautan luas terbentang indah di luar jendela apartmen mewah yang kusewa di Port Dickson itu. Dibawah aku dapat melihat ramai pasangan yang sedang bercanda dipersisiran pantai. Barangkali mengikat janji atau sekadar bersuka-suka. Kulihat warna langit berubah, dari kemerah- merahan kepada kepekatan hitam. Malam menjelma menggantikan senja. Menandakan berakhirnya satu lagi hari dalam hidupku. Sungguh masa berlalu pantas. Menjadikan aku keliru dengan aturan hidupku sendiri. Perlahan-lahan aku menghela nafasku, cuba menghurai kekusutan yang tidak jemu bertandang dalam novella rencanaan hidupku ini..

Rasanya baru sahaja semalam aku melangkah ke bangku sekolah menengah. Berbahas tentang betapa pahitnya realiti kehidupan sebenar. Betapa kehidupan di luar sana menjanjikan cabaran dan dugaan. Suatu dunia baru tanpa ibu dan bapa, tanpa peraturan sekolah mahupun peraturan asrama, tanpa arahan para warden. Hidup? Kedengaran seperti sesuatu yang menarik, penuh dengan janji-janji manis yang menghiburkan. Namun seperti masa yang kian menginjak ke hadapan, usia bergerak seiring dengannya. Mematangkan aku. Yang pasti bayangan sekumpulan gadis remaja tentang hidup itu amatlah jauh dari asli kehidupan. Apalah yang kami tahu pada waktu itu? Sekadar membanting tulang menuntut ilmu, berkelahi tentang pengaruh dan usaha-usaha aneh kami untuk memenangi perhatian sejenis kaum, yang bernama lelaki itu. Lelaki? Suatu lagi topik enigma yang kekal menjadi teka-teki bagiku hingga kini. Sewaktu di bangku sekolah agak mudah bagiku mengelak tentangnya, terpenjara dalam pagar sekolah yang dihadiri hanya pelajar perempuan. Duniaku suatu tempat bebas dari masalah belenggu lelaki. Biarpun ramai di antara kami yang masih menjalinkan hubungan dengan lelaki walaupun terdapat pelbagai jenis rintangan dan halangan. Bak kata teman-temanku, cinta mengatasi segalanya. Biarpun tiada telefon bimbit, berbarislah sang pencinta di pondok telefon awam. Biarpun surat kami dibaca warden terlebih dahulu, maka terhasillah bahasa-bahasa ‘alien’ yang hanya difahami sang kekasih! Sungguh aku gemar memerhati. Tabiat itu masih aku milikinya hingga ke hari ini. Masih kuingat saat aku dan teman-teman rapat akan berjanji untuk bersama selamanya. Namun janji kekal janji. Kami masing-masing ketemu arah hidup sendiri. Kadangkala jika takdir bermurah hati, jalan kami bersilang. Dan tatkala kami bertemu, maka cerita akan bertukarlah seperti air yang mencurah. Biasalah orang perempuan! Kepakaran kami yang masih diungguli dan dihairani kaum lelaki. Berbual. Ada yang sudah beranak dua, ada yang masih solo, sepertiku! Yang kami sangka dahulu akan berkahwin lambat sudah mendahului kami, dan yang dijangka akan mendahului kami masih lagi membujang! Aneh asam garam kehidupan? Yang bukan main hebat bercinta hingga terkenal dalam kalangan teman-teman SBP, putus ditengah jalan. Takdir. Sudah tiada jodoh. Yang pastinya aku masih seperti dahulu, memerhati dan menyimpul sendiri. Aku memang agak sukar difahami. Mindaku penuh dengan plot-plot aku yang tersendiri. Bukan semua yang boleh memahami ‘anginku’ ini, hanya insan-insan terpilih boleh berteman denganku. Secara amnya aku seorang gadis ramah yang dikenali semua. Mungkin juga terkenal kerana ketegasanku, ataupun gayaku yang agak kasar, tidak berapa mengambil pusing apa yang keluar dari bibirku. Mungkin itu yang membuatkan guru bahasa Inggerisku, Cik Farah memilihku untuk menyertai pasukan bahas. Oh, mungkin juga ada beberapa gossip panas yang aku cipta untuk diriku! Namun, bukankah itu sekolah menengah? Bukankah itu pentas unggul untuk melakar memori? Betapa kami pernah membuat senarai guru yang paling tidak disukai, warden yang kami benci. Remaja? Penuh dengan pengaruh hormon yang tidak pernah stabil. Penuh emosi cara kami mewarnai dan mencorak hidup. Namun itulah yang menarik bukan? Yang membezakan remaja dan dewasa, yang remaja bertindak, yang dewasa, berfikir untuk bertindak. Dua perkara yang jauh berbeza.

Namun itu hanyalah suatu fasa didalam hidupku. Usiaku di universiti berlalu lebih pantas. Walaupun hakikatnya, ia lebih dekat denganku namun hanya sedikit sahaja perincian tentangnya yang aku ingat. Usiaku disitu lebih banyak tercurah kepada usaha menuntut ilmu. Persaingan hebat membuatkan aku lebih kurang memerhati. Lebih banyak menyendiri. Namun identiti sebagai gadis ramah tidak dapat kukikis. Mungkin sudah tersemadi didalam DNA ku, ataupun mungkin sekadar sudah sebati dengan diriku. Teman baru memenuhi ruang diariku. Ada juga teman lama sekuliah denganku. Namun ianya cerita lama, kami sekadar bertukar senyuman dan membawa haluan sendiri. Namun kali ini ada dua warna dalam diariku, aku mula memiliki ramai teman dari spesis lelaki. Mulanya agak janggal. Mujurlah aku pernah juga berkomunikasi dengan spesis ini semasa aktif berbahas. Secara jujurnya, mereka okey. Selagi hubungan itu ‘strictly business’ bak kata teman sebilikku. Yang mungkin pada waktu itu baru putus cinta. Kononnya mengangkat sumpah untuk hidup bebas dari lelaki. Mujur kami tidak bertaruh. Seminggu selepas itu dia mengikat pertalian baru bersama teman sekuliahnya! Pelik! Aku pernah juga terfikir untuk bercinta. Namun minatku tiada disitu. Terasa bercinta itu seperti suatu bebanan. Kata teman rapatku semasa sekolah menengah aku belum bertemu cinta sejatiku. Namun dia juga pernah berkata bahawa aku garang sangat! Tidak kurang gossip panas mengatakan bahawa aku minat dengan kaum sejenis! Aku belum hilang agama lagi okey? Waktu lapangku lebih gemar kuisi dengan membaca dan menulis puisi. Namun yang tetap menghantui benak persoalan teman-temanku ialah, puisiku semuanya tentang cinta. Mereka hairan kerana bukankah aku tidak pernah bercinta? Ramai juga yang meminjam hasil karyaku untuk diberi kepada pasangan masing-masing. Pernah aku terfikir untuk mengenakan bayaran. Jika aku mengenakan bayaran, pasti aku sudah kaya sekarang! Aku bukanlah terlalu hodoh, bukan pula si cantik jelita, sederhana sahaja. Namun tiada pula yang pernah, apa frasa yang mereka selalu gunakan? ‘Takde yang try pun?’

Akhirnya, persoalan yang menghantui aku itu terjawab dengan penjelasan seorang jejaka, teman sekuliahku, pada hari terakhir kami di universiti sejurus sebelum kami bergraduasi. Katanya ‘student laki kalau yang minat mesti ingat kau dah ade bf cos kau tak pernah nak tunjuk sign yang kau tu single, takpun diorang ingat kau tak minat, but yang ramai cakap kau dah ada steady bf. Cos kau look very mature macam dah settle, tak minat ngan budak-budak cam diorang. Gaya kau tuh macam classy giler kot’ . Terdiam aku mendengar komennya. Macam-macam! Benarkah wajahku itu menceritakan segala-galanya. Mungkinkah ramai lelaki yang patut menjadi ahli nujum?

Pasti anda semua dah penat membacakan? Namun ceritanya masih belum ditemui lagi? Sebenarnya aku pernah jatuh cinta. Waktu itu aku hanya berusia 17 tahun. Saat itu aku sungguh lega kerana mendapati bahawa aku sebenarnya normal! Aku pun boleh jatuh cinta! Waktu itu aku mewakili sekolahku ke sebuah pertandingan bahas antara SBP yang agak terkenal. Dia merupakan salah seorang pembahas. Pasukan aku kalah dengan pasukannya. Satu-satunya pusingan yang kami kalah! Bagiku waktu itu mereka tidaklah bagus sangat. Entah mungkin rezeki kami tiada. Sungguh aku sumpah aku memang menyampah betul melihat wajahnya. Barangkali kata orang tua-tua dahulu ada benarnya. Jangan benci sangat nanti jatuh cinta! Kami bertukar nombor telefon. Namun aku tidak pernah menghubunginya. Dia? Pastilah tidak! Ramai lagi gadis yang jauh lebih cantik sedang mendampinginya! Dia aku yakini, pasti sudah tidak mengenali aku pun lagi selepas pusingan kami itu berakhir. Dengar kata dia anak orang berada. Dan dia memang kacak, ala-ala kacukan cina. Jadi aku sedikit pun tidak menaruh harapan. Gila apa?

Masih tidak dapat melihat lagi ceritanya? Sabar. Dan dia tidak bertemu denganku selepas 9 tahun dan jatuh cinta pandang pertama denganku! Ini bukan cerita Hindustan okey? Tapi kami bertemu. Dan jantungku masih lagi berdegup rancak seperti 9 tahun dahulu aku melihatnya. Cuma bezanya kini, dia tidak lengkap berkot hitam memakai uniform seperti dahulu, dan aku tidak lagi memakai blazer merah sekolahku. Kisahku bermula tiga minggu sebelum ini. Aku pulang untuk perkahwinan adikku. Dan, tidak, dia bukanlah bakal suami adikku! Ini bukan cerita Hindustan. Aku dah cakapkan? Oh, ya aku belum berkahwin lagi, usiaku 26 tahun. Adikku berusia 22 tahun. Langkah bendul betul! Aku tahu dia serba salah namun bakal suaminya bakal bekerja diluar negara jadi dia mahu berkahwin segera dan membawa adikku pergi bersamanya. Kataku mudah sahaja waktu dia meminta izinku, ‘jodoh kau dah sampai, nak buat macam mana?’ Oh ya, suaminya tua lagi dariku. Mesti pelik apabila dia memanggilku kakak nanti! Berapa ya usianya? Kalau tak silap 28 tahun. Okeylah orangnya agak hensem. Kaya pula tu.Bunyinya macam aku cemburu kan?

Aku kini berugas sebagai Human Resource Manager di Vista International. Aku bertugas di cawangan Filipina semenjak setahun yang lepas. Ini kali pertama aku pulang ke Malaysia semenjak mula bertugas. Aku mendapat cuti tiga minggu bergaji! Bestkan? Oh, Vista International merupakan sebuah syarikat produk kosmetik antarabangsa. Kebanyakan produk kosmetik terkenal menembusi pasaran Asia dengan khidmat Vista. Banyak nak sebut, penat nanti. Make-up free? Mestilah dapat. Akukan seorang manager?

Oh, berbalik kepada kisahku tadi. Baiklah, kalau anda sudah bersedia, mari kita putarkan kembali masa ke tiga minggu lepas!

Lailalutfi

“Kau kat mana ni? Aku dah penat tunggu ni! Dahlah aku pakai stilettos Gucci baru aku ni!” bebelku kepada adik. Sepatutnya dialah yang menjemputku dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini. Namun semenjak keluar dari ‘Arrival gate’ tiga jam yang lalu, bukan sahaja adikku, malahan batang hidung adikku pun masih belum kelihatan lagi. Kesabaran aku yang sememangnya tidak begitu menebal itu makin menipis ditambah dengan pinggangku yang sakit sementelah duduk begitu lama didalam ‘flight’.

“Sorilah, jam gile ni. Bukan adik sengaja lambat. Believe it or not adik still kat KL lagi since 3 hours ago”

“Then Kak Yaya naik train lah”

“Okay, suke hatilah. Tapi luggage kak Yaya banyakkan? Tak pe ke? Macam mana nak angkat nanti?” banyak pula soalan gadis berkulit cerah yang bakal berusia 22 tahun dalam masa dua minggu lagi itu.

“Pandai-pandailah kak Yaya nak hidup”, dan aku mematikan talian telefon dengan rasa sebal dan geram. Sudahlah pinggangku rasa seperti hendak patah, duduk lama didalam plane. Sekarang aku terpaksa pula mengusung dua suitcase besar ke arah stesen KLIA Express. Tiba-tiba aku rasa seperti bagus juga kalau ada boyfriend! Boleh tolong angkat beg, tolong jemput! Hmmm, pasal tulah masih single, asyik tak betul je niat tu! Getus hatiku sendiri. Dalam gelagat ku yang penuh aksi itu, tidak kusangka ada sepasasang mata yang sedang memerhatikanku. Jejaka tampan berkot biru tua, berkemeja biru lembut itu memanggil nama penuhku.

“Laila Lutfi? Is that you?” dan langkah kemasku terhenti. Aku berpaling mencari tuan punya suara. Rizman kelihatan kacak seperti selalu. Dia bergerak kearahku dengan tangan yang didepangkan seperti ingin memelukku. Beranilah dia! Kalau nak rasa penumbukku! Namun lengan sasanya dijatuhkan apabila menghampiriku.

“You look amazing as usual!” betulke? Aku cuma memakai sehelai seluar jean bootcut Levi dan sehelai blous pendek lengan panjang yang agak melekap ketubuh berwarna ungu lembut, dan tudung ungu berbayang pink yang disebai. ‘What is so amazing about it?’

“You too Rizman Dato Razali”

“Buat apa kat sini?” soal Rizman sambil menghadiahkan ku senyuman lady-killernya yang terkenal. Namun aku sudah kebal. Enam tahun aku bersahabat baik dengannya di universiti. Mestilah kebal!

“Kawin!”

“Kau ni tak berubah tetap loyar buruk walaupun cun habis!”

“Sorryla Riz you know I don’t carry small change. Not besar rasa rugi pulak nak bagi kat kaki bodek macam kau ni!” gurauku sambil tergelak kecil. Tawaku bersambut.

“Seriously, apa you buat kat sini Laila. Sorang-sorang pulak tu, mana husband you?”

“Do I look like I’m married? Anyways, I keje kat Philippines now for Vista International. Ni I balik holiday for three weeks. My adik, you remember Laili? She’s getting married”

“Oh, you bile lagi?”

“I? Sape nak Riz? You pulak? No mrs. ke? Apa dah jadi dengan semua girlfriend you yang berderet masa kat u dulu?”

“I pun sama macam you lah. Takde orang nak. Girlfriend semua dah lari tinggalkan I bujang! Eh, you takde orang nak pickup ke?”

“Patutnya si Laili tu yang jemput. Dia kata ada traffic jam teruk kat KL? Ni kena balik sendiri lah tu. You pulak?”

“Aaah, ada perhimpunan politik kat Dataran Merdeka, memang jam gile. Banyak jalan tutup. And I tengah tunggu cousin i. Dia balik dari London ada business kat sana. Father dia, Tan Sri Zuhairi tu dah merge company dengan my dad. So business associate lah ni. Should be dia punya plane dah landing dah. Sangkut kat luggage kot. I hantar you sekali lah. Dia mesti tak kisah punya” cadang Rizman.

“Betul ke ni?”

“Hai, takkan lah nak main-main? You dah lah lawa, sorang-sorang. Nanti kena culik nanti?” ujarnya dengan wajah serius.

“Bahaya ni Riz dalam satu hari dah dua kali you kata I lawa? Ada apa-apa ke ni? You masih minat lagi ke dengan roommate I tu? Kalau you nak number Wirda, sorrylah, dia dah bertunang lah! Nanti habis I kena belasah dengan fiancĂ©e dia!” aku segera tertawa. Rizman memuncungkan bibirnya yang merah jambu itu.

“Dari dulukan kalau ada orang nak dekat dengan you, mesti you sell off macam ni tau! Nombor kawan lah, adiklah, kakaklah, cousinlah! Macam-macam, kalau you keep behaving like this all guys akan back off tau!” tegas suara Rizman. Terkejut aku dibuatnya! Mak oi, period ape mamat nih?

“Okay-okay sorrylah. Janganlah marah Riz!” ujarku lembut sambil tersenyum. Rizman terdiam sambil merenungku lama.

“Takpe, sorry, I tak tau, kenape ye?” Rizman entah mengapa tiba-tiba gagap pula hari ini.

“Ape kena you ni Riz? Bile you start gagap pulak?” soalku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

“Riz! Sorry lama ke kau dah tunggu?” lantang kedengaran satu suara dari arah belakangku. Namun mataku terus memanah kearah wajah Rizman yang pada pandanganku kelihatan aneh tiba-tiba.

“Eh, takpe. Aku baru je sampai”

“Ehem, tak nak kenalkan ke kat aku?”, apabila sepupu Rizman berdehem barulah aku kembali tersedar dari perlakuanku, yang sedang merenung Rizman ketika itu! Aku segera berpaling. Dan jantungku berhenti seketika!

“Kenalkan, Laila, ini sepupu Riz, Afif Hayyan Tan Sri Zuhairi”, aku terlalu kaget melihat wajah itu sehinggakan si Rizman yang buang tabiat membahasakan dirinya dengan nama itu aku abaikan. Namun apabila pemuda itu terus merenungku tanpa langsung mengecamku, aku segera tersenyum

“Laila Lutfi”

“Hi, you ni girlfriend Riz ke?” soalnya selamba. Aku masih lagi dalam kejutan. Setelah 9 tahun berlalu, kini aku bertemu kembali dengannya. Dan dia, sedikitpun tidak mengenaliku!

“Nope, his good friend. Kan Riz?” aku menoleh kearah Rizman dan mengenyitkan mata kiriku. Jejaka itu mengangguk lambat. Selepas itu, aku cuma rasa sangat-sangat pelik.

Semasa didalam kereta Toyota Harrier hitam milik Rizman, aku memilih untuk senyap. Habis hilang segala keramahanku. Dan Afif juga turut senyap. Setahuku dia memang agak pendiam. Sifat misteri itu yang menarik perhatian ramai gadis suatu waktu dahulu. Termasuklah diriku sendiri!

“Macam mana you kenal Rizman ni Laila?”

“Oh, masa kat u”, balasku agak terkejut. Tidak menyangka dia akan cuba untuk berbual.

“Macam mana Casanova macam Rizman ni boleh stay friends je dengan a pretty girl like you?” berdegup kencang hatiku ketika itu! Pretty? Girl pulak tu? Nampak macam budak-budak ke aku ni? Mimpilah kalau dia nak cakap macam ni kat aku 9 tahun dahulu.

“Awek ni kebal dengan charm aku la Afif. Ramai yang try, tapi dia tetap cool je”, cerita Rizman sambil ketawa kecil. Geramnya aku, pandai je dia mereka cerita! Bila masa pulak ramai yang try?

“Apasal Laila? Malaysian men not good enough ke?” seingatku dia pernah menuturkan ayat yang sama padaku satu waktu dahulu. Aku terdiam lama sebelum menjawab.

“It’s not whether Malaysian men are good enough, the question is are you good enough?” dan itulah jawapan yang kuberikannya 9 tahun dahulu! Giliran dia pula terdiam.

“Tak tahulah betulke tak cerita ni Afif. Tapi once Wirda, roommate dia yang merupakan merangkap ex- school mate dia pernahlah cakap yang dia pernah suke kat satu je lelaki. Budak Perak dia kenal masa sekolah dulu. Wirda said that’s the only one guy she ever admitted liking! And seingat aku lah, Wirda tu memang bestfriend dia since they were in high school. So I bet, cerita tu memanglah betul”
“Really? Ape lagi Wirda cakap behind my back? Nak kena betul minah ni!”Merah padam wajahku yang hitam manis itu

“Wah, setianya you ni Laila. You still dengan mamat tu ke since high school?”

“Nope never got together with him”, dan Laila ingin sahaja menambah, ‘because you never noticed me back then, Afif’.

“Stupid guy then. No men should ever let a pretty girl like you go”, aku tertawa kecil mendengar komen Afif.

“See Laila? I wasn’t telling you lies okay? Tak teringin pun nak duit kecik you tuh”, Rizman mengambil peluang memulangkan paku buah keras.

“Riz, I gurau je lah. Janganlah marah”

“Hey, entah-entah kau kenal tak Afif!” tiba-tiba sahaja tanpa apa-apa signal, Rizman menjerkah.

“Kenal apa pulak tiba-tiba ni Riz?” soal Afif.

“Kau kan budak Perak? Budak yang Laila suke pun from Perak”

“Gil ke you ni Riz, ingat Perak tu kecik ke?” marahku. Entah mengapa dadaku berdebar. Kalaulah kedua-dua jejaka ini tahu akan hal yang sebenar, manalah aku nak sembunyikan muka aku ni!

“Erm, kalau orang Taiping atau Ipoh tu maybe lah kot. Because I pernah duduk sana. Tapi like the lady said Riz, Perak is not that small” komen Afif bersahaja.

“You never know, the world is round you know”, dan aku tersenyum sumbing sahaja sambil mendengar komen sinis Rizman. Alangkah benarnya kata-kata Rizman itu, dunia ini memang bulat!

Lihatlah, hari ini sahaja aku bertemu dengan dua orang jejaka yang aku sangka tidak akan aku temui lagi dalam hayat ini! Sungguh, dunia ini memang benar-benar bulat!

No comments:

Post a Comment