Saturday, February 18, 2012

*part 4*

“Ramai jugak orang datang, karang orang ingat dah buat kenduri kawin dah. Padahal baru bertunang”, ngomel kak long. Seingatku begitu jugalah keadaannya ketika dia bertunang.
“Hai, jangan nak komplen banyak. Samalah masa awak bertunang”, usikku. Wajah kak long berubah kelat. Bertambah manis senyumanku. Upacara menyarung cincin sudah selesai. Adik kelihatan sangat anggun dengan kebaya labuh berwarna merah jambu lembut. Kulitnya yang cerah itu kelihatan bertambah cerah. Ketika itu aku dan kak long sedang melayan keluarga pihak sebelah lelaki di bawah khemah. Kami sedang memberikan goodie bag sebagai tanda cendera hati. Tidak putus ucapan terima kasih.
Aku sedang berbual dengan seorang makcik yang agak berisi apabila mataku menangkap sesusuk tubuh yang agak tinggi. Badannya tegap. Dalam keadaan yang agak sesak itu, dia kelihatan menonjol. Mungkin kerana tingginya yang mencecah 6 kaki 1 inci. Kulitnya jelas kelihatan cerah, dan matanya. Matanya berwarna hijau. Hijau yang sungguh menarik, seperti batu emerald. Hidungnya, mancung. Rambutnya mencecah bawah sedikit bahunya, berwarna perang tua. Sungguh kacak, simpulku. Konsentrasiku dalam menilik wajahnya terganggu apabila matanya tiba-tiba terarah kepadaku. Pantas sahaja aku kembali menumpukan fokus pandanganku kepada makcik yang berisi dihadapanku ketika itu. Alamak, malunya!
“Terima kasihlah datang”, aku bersalam-salaman dengan semua tetamu yang hadir. Orang surau taman kami yang datang untuk membaca doa selamat sudah mula beransur pulang. Aku mencuri peluang itu untuk menghubungi abang ngah. Aku berlari anak kearah belakang rumah semidi kami. Suasana agak gelap. Aku berdiri dicelah ampaian baju. Terasa seperti didalam filem pula. Dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Elok sahaja aku habis berbual dengan abang ngah, bercerita tentang majlis. Satu suara garau ala-ala macho menegurku.
“I hope you like Pepsi”, bagiku accent Amerikanya memang kuat.
“I do. It’s my fauvorite, actually”, aku berkalih kearah pemilik suara misteri itu.
“Mine too. Awak kenal saya tak?” bahasa Malaysianya fasih. Namun tetap kedengaran pelik di telingaku.
                “Malangnya, tidak”, aku cuba mencari kekuatan untuk melawan kembali panahan mata hijau itu.
                “I’m Daniel. Daniel Dimitri bin Rahimi”
                “Anak Pak Long ye?” aku tidak berapa yakin untuk menyebut ‘anak mak long’, kerana aku maklum dengan fakta bahawa abang Daniel memang bukan anak mak long. Jika tidak silap aku, ibu kepada abang Daniel dan Natasha sudahpun menganut kembali agama Kristian dan masih menetap di New York.
                “Yes. Laila kan?” soalnya.
                “Ye, abang Daniel baru nak tanya? Kalau salah orang tadi macam mana? However, I’m Laila bt Lutfi” soalku mengusik.
                Dan terdiam seketika. Agak kekok dengan gelaran abang. Sedangkan adiknya sendiri tidak memanggilnya abang. Namun dia suka dengan gelaran itu. Seperti ibu tirinya memanggil papanya.
Aku agak kaget dengan kebisuan Daniel. Wajahnya kelihatan berkocak. Yang pasti gatal sahaja mulutku ingin bertanya, diakah peminatku itu? Namun aku menggigit bibir sendiri. Bagaimana kalau dia kata ya? Apa pula yang harus aku kata? Mampus!
“No, I know you are Laila. You’re the only one that looks like this”, katanya lagi. Memanglah, aku bukannya ada kembar! Gila apa mamat nih? Seperti menyedari ‘kekonfiusan’ yang sedang berlaku didalam otak aku itu, dia menyambung lagi dialog cerekarama malam sabtunya itu! Barangkali dengan harapan dapat memahamkan aku dengan lebih lagi. Eh, kenapa aku tiba-tiba loyar buruk sangat nih?
“No, I meant. You are the only one that can make me feel funny when I see you. No one else. Maksud saya yang itu. Bukan saya nak tanya nama Laila. Saya cuma nak cakap, yang inilah Laila. Yang suka tersenyum sendiri itu”, panjang hujahnya. Hampir sahaja aku tergelak mendengar ayatnya yang lintang pukang itu. Sama ada dia memang tidak berapa pandai dalam bab-bab bahasa ni, ataupun dia memang sedang berdebar-debar gila!
“Betul ke?”
“Betul, Laila memang suka senyum sendiri” serius sahaja wajahnya, apabila aku mempertikaikan kata-katanya.
“No, bukan part tu. That one, memang Laila dah tahu. Do I make you feel funny? Kenapa? Sebab Laila suka ketawa ke? Jadi abang Daniel rasa lagi kelakar?” bijak tak aku memutar belit kenyataan? Pasti dia ingat aku bodoh! Yelah mana tidaknya? Aku baru sahaja membuat ‘direct translation’ kepada pernyataannya itu tadi.
“Tak, bukan!” cepat dia menerjah. Nampaknya dia sedang panik. Aku pun cepat-cepat mengatur langkah kembali ke hadapan. Kembali ke suasana riuh rendah dunia nyata!
 Ketika aku sedang berbual dengan Mak Ngak dan Mak Uda di hadapan rumah sempat aku mencuri pandang ke arahnya yang sedang memerhatikan aku dengan pandangan tajam dari bawah khemah. Sukanya aku melihat dia bengang sebegitu! Eh, jahatnya aku ni, sukanya aku buat anak orang susah hati macam tu!
Malam itu berakhir dengan lewat sekali. Ramai ahli keluarga yang tinggal berhampiran sudahpun beransur pulang. Tinggal saudara mara yang jauh sahaja. Itu pun ramai yang menyewa hotel. Aku bertungkus lumus membentangkan tilam dan toto di ruang tamu. Warga lelaki akan berehat disitu. Bilik tv untuk kategori ‘makcik-makcik’, bilikku dipenuhi anak gadis belasan tahun, bilik tetamu pula didiami ibu bapa ibuku. Mujur juga ibu bapa abah sudah meninggal dunia, kalau tidak dimana pula mereka tidur malam ini? Bilik abang ngah sudah penuh dengan beg-beg baju hingga tiada lagi ruang untuk tidur. Sementara bilik kak long diberi kepada dua orang makcik kami yang sedang mengandung, kerana bilik itu terdapat bilik air, jadi mudahlah mereka hendak bergerak. Kak long dan abang long serta anak-anak mereka menggunakan bilik adik. Aku dan adik? Kami tidur di bilik abah dan ibu!
Setelah berpuas hati melihat semua orang sudah mengambil tempat untuk tidur, aku sempat pula menjenguk khemah di hadapan rumah kami. Kelihatan beberapa orang adik lelaki ibuku sedang bermain ‘kad’. Hobi zaman sekolah menengah yang tidak dapat ditinggalkan barangkali. Dan bila aku sebut kad, aku bukanlah merujuk kepada kad Happy Family, Snap atau Old maid! Faham-faham sahajalah!
Aku menegur mereka dan meminta izin untuk masuk tidur. Pintu pagar aku rapatkan sedikit. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja kelopak mataku yang tadinya begitu berat menjadi segar. Aku pun melangkah kearah taman mini ibu. Ruang laman di tepi semidi kami itu kelihatan seperti taman rekreasi setelah mendapat sentuhan istimewa ibuku. Dengan kolam ikan dan pohon bunga, terasa damai sekali. Aku mengambil tempat diatas buaian.
Cahaya bulan terus setia menyimbahi kepekatan malam. Aku menghela nafas kelegaan. Sudah selamat selesai majlis pertunangan adik.
“Kenapa tak tidur lagi? You looked tired just now”, tidak perlu untuk aku melihat siapakah gerangan empunya pemilik suara. Cukup sahaja mendengar ‘accent’ Amerika itu. Aku sengaja memilih untuk mendiamkan diri. Daniel mengambil tempat disebelahku.
“Kenapa abang Daniel tak tidur lagi?”
“So, is this how you operate? Always answering questions with questions?” sinis sahaja kata-katanya. Hampir-hampir aku tersedak.
“Tak mengantuk. Abang Daniel pulak?”
“Samalah tu”, seketika kebisuan melanda. Kami sekadar mendiamkan diri. Mendengar bunyi kocakan air kolam, cengkerik taman berbicara. Sehingalah kami dikejutkan bunyi pakcik-pakcikku bersorak.
“Laila twenty-six kan this year?”
“Don’t you know it’s impolite to talk about a woman’s age publicly like this?”
“So, this is how you operate huh?” aku tertawa mendengar komennya.
“Yes, I’m going to be twenty-six. Abang Daniel?”
“30 tahun pada 25 May lepas”
“Kita memang tak pernah jumpa kan sebelum ni?”
“I think so. Masa sebelum papa dengan mak move back here ada jugak diorang balik Malaysia. Natasha ikutlah, I was in boarding school, selalu tak dapat ikut. Tapi ada sekali dapat ikut. Tak ingat pulak year bila tu”
“Oh, masa tu Laila fifteen, Laila pergi camping 2 minggu kat Ulu Yam. Masa Laila balik rumah, mak long dah balik US dah. Tak sempat jumpa. Laili yang ada masa tu”
“You have a brother kan? I remember masa tu, I hang around dengan dia”
“Lukman”, sepatah sahaja jawapanku. Takut jika dia akan bertanya lagi tentang Lukman selepas ini.
“Laila tak kisah kalau Dan sembang dengan Laila macam ni?”
“Tak kisah pun”
“Orang lain pun tak  kisah ke?”
“Laa, diorang nak kisah buat apa pulak, bukannya abang Daniel suami orang!”
“Memanglah, tapi Laila? Takkan tak ada orang yang marah nanti?”, soalnya lagi. Agak gugup. Oh, itukah soalan sebenarnya. Tanya jelah straightforward kan tak susah pun!
“Nope. As far as I know, memang tak adelah”, dan aku rasa aku dapat lihat bibirnya membentuk senyum dalam kegelapan malam itu. Ah, barangkali perasaan aku sahaja!
Seketika dia hanya membisu. Aku memilih untuk mengikut rentaknya sahaja. Entah apalah yang difikirkannya itu?
“Laila, Dan nak tanya sesuatu”
“Tanyalah, tak kena bayar pun”, selamba sahaja jawapanku. Sedangkan dalam hatiku, tuhan sahaja yang tahu!
“Betul ni? Tak kena bayar?” soalnya ghairah tiba-tiba. Eh, eh, loyar buruk pula! Tampar nanti, baru tahu anak mat saleh ni!
“Laila kisah tak kalau Dan nak kenal Laila lebih rapat lagi? And if this works out, I want to get married before I turn thirty-one”, dan pantas aku berpaling. Mata kami bertemu, dan lidahku kelu!

No comments:

Post a Comment