Saturday, February 18, 2012

*part 3*

Lukman Lutfi melepaskan keluhan panjang. Double expresso yang berbau harum itu diteguknya perlahan-lahan. Di merenung ke luar. Hujan masih turun dengan lebatnya. Kafe Hotel La Meridien agak lengang pada waktu sebegini. Dia tersenyum, tentulah tiada orang. Sekarang ini pukul 2 pagi.

“Sorry Lukman. Function baru habis. Itu pun aku kena hantar family aku balik dulu. Mujurlah dekat je”, pemuda 26 tahun itu mengambil tempat di hadapan Lukman.

“Takpe, aku pun baru turun je”, Lukman meneguk lagi minuman panasnya itu. Pemuda itu membuat pesanan dan kemudian barulah dia memandang wajah Lukman dan bertanya.

“So, what actually happen kat kau ni? Kau kata nak balik Perak terus? Lepas tu tiba-tiba nak pinjam bilik?”

“Something totally unexpected. I saw someone today, Kok”, ujarnya perlahan.

“Someone? Siape? Your father ke Lukman?” soal Kok. Namun agak teragak-agak. Dia tahu betapa sensitifnya isu itu kepada Lukman. Setelah hampir setahun bertugas bersama-sama, barulah Lukman mahu bercerita mengapa dia membawa diri ke Taiping, Perak. Sedangkan keluarganya berada di Selangor.

“No, my younger sister. Ingat tak I always talked about Yaya?”

“Adik you yang you rapat tu? But dia bukan bekerja di overseas ke?” soal Kok kehairanan.

“Tulah pasal. I saw her masa keluar nak jawab phone call during persembahan tadi. She was running towards the entrance. I mean I knew she was a big Hindustan fan, but I was totally caught off guard when she ran into the rain”

“Wow”, tiba- tiba Kok terfikir, mungkinkah mereka sekeluarga memang bermasalah? Masalah genetik kah?

“I know, wow. Yaya is not like that. Walaupun dia muda dari aku by four years, tapi dia jauh lebih matang compare dengan aku. Dia memang dari masa kecik dah pandai ambil tanggungjawab. Dia boleh managekan kami one whole family. Dia macam kak long aku. Only dia far more intelligent”

“But kan your kak long pensyarah kan di UIA?” lagi pandai dari pensyarah? Kok agak kagum.

“No, I meant dia memang agak gifted. She was the one who went to a boarding school. And entered a lot of this debate and pidato thing. Public speaking. Besides she was a leader material. Masa dekat sekolah lagi she was always a natural leader. Macam-macam program dia. Aku sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh belajar, masuk aktiviti tambahan, dan still ada masa untuk buat kerja BWP and leading clubs and what-nots. Dia kata dia suka cabaran. It made her more productive she said”, Kok dapat melihat jelas terpancar cahaya dari anak mata Lukman. Nampaknya abang ini memang bangga dengan pencapaian adiknya!

“So, what made her flip?”

“Entah. Tapi kalau tak silap masa dia tidur tadi, aku dengar dia kata dia dapat tahu yang high school sweet heart dia nak kawin. Tapi seingat aku dia tak pernah bercinta, tak taulah kalau dia tak pernah cerita”, Lukman tergelak kecil.

“Mesti dia suka gile kat lelaki tu kalau macam tu”, Kok memberi pendapat. Perbualan mereka terhenti seketika apabila seorang pelayan menghantar minuman koko panas yang dipesan Kok ke meja mereka.

“Kau tak nak naik tengok dia ke?”

“Tulah aku dah belikan baju untuk dia di gift shop. Baju dia basah lencun. Tapi dia tak nak bangun tadi masa aku gerak dia”

“Man, aku rasa bukan dia sengaja tak nak bangun, but dia memang tak sedar kot?” usik Kok. Lukman menyambut tawa Kok itu. Walaupun empat tahun muda dari dirinya, Lukman senang dengan peribadi Kok yang agak pendiam itu. Baginya Kok seperti Laila, cuma senyap. Dan dia tersenyum dengan perbandingan itu. Pastinya Kok yang bermata sepet dan berkulit cerah itu memanglah kelihatan berbeza dari Laila yang berkulit gelap dan bermata bundar yang galak!

Mereka bergerak bersama-sama ke arah lif. Kok ingin mengambil beberapa helai pakaian dari biliknya. Tiba sahaja di imperial suite di tingkat 25 itu, Lukman membuka pintu bilik. Terdengar bunyi percikan pancuran air dari arah bilik mandi. Kok segera mengemas barang keperluannya dan sempat pula mengusik bahawa mujur adik Lukman sedang mandi, kalau tak pasti dia sudah mahu berkenalan tadi! Lukman hanya menunjukkan tangan yang dikepal menjadi sebiji penumbuk dan ketawa. Jelas kelihatan lesung pipit di pipi kirinya. Kok membalas tawa itu dan kemudian meminta izin untuk pulang kerumah temannya di Subang Jaya.

“Eh, tunggulah kejap. Jumpa dia dulu”, Lukman berkeras.

“Takpelah. Lagipun dah lambat ni”, dan sejurus selepas Kok menutup pintu bilik suitenya itu,

“Abang ngah cakap dengan siapa tadi?” soalku sejurus selepas keluar dari shower.

“Owner bilik ni, and owner kepada bath robe yang Yaya pakai tu, and not forgetting his towel too, of course”

“His? alamak”, wajah pucatku sudah berubah panik! Aku pakai bath robe and towel orang? Lelaki pulak tu!

“Don’t worry dah room service dah before kita masuk tadi”, Lukman sengaja mereka cerita. Namun agak seronok melihat wajah adiknya berubah dari pucat lesi ke warna biru!

“Thanks for rescuing me tadi. Kalau tak entah kat mana Yaya pengsan tah tadi” aku melabuhkan punggungku keatas katil empuk King Size itu.

“What were you doing anyway? Lari dalam hujan macam cerita Hindustan? Mana hero nya?”

“Engaged to someone else”, perlahan ayat itu terlepas dari bibirku sendiri. Apa masalahku aku sebenarnya? Mengapa aku harus marah? Afif tidak bersalah langsung, dia tidak tahu menahu pun tentang cinta sebelah pihak aku ini. Namun entah mengapa, hatiku masih marah.

“Apa?”

“Haa? Takde pape lah. Abang ngah dah bagitau ibu, Yaya tak balik malam ni?”

“Abang mesej je kat Laili guna handphone Yaya. You’re not suppose to tell them you met me tonight”, selamba sahaja wajahnya. Aku menggeleng kepala aku perlahan.

“Along kat mana ni? Mama risaulah”

“Along on the way ke rumah Riz mama. Jangan risau ye?” Afif tersenyum mengenangkan gelagat Mamanya itu. Anak sudah berusia 26 tahun dan sudah besar panjang begitu pun nak dirisau. Namun itu yang amat dikaguminya terhadap ibunya itu. Sentiasa mengambil berat. Mujur juga tidak se‘busy body’ Datin Sherry!

“Along kemana tadi? Kenapa tak terus balik kerumah Riz?” Afif dapat mengesan ada sedikit nada marah dalam ayat itu. Segera dia berdoa agar mamanya tidak mengamuk tiba-tiba. Jika nasibnya tidak baik, alamat dia terpaksa mendengar ceramah percuma dari ibunya itu hingga cair semua tahi telinga!

“Along settlekan hal dengan kawan. Dia ada nak pinjam barang tadi”,

“Okeylah macam tu. Drive safely abang long, malam-malam ni and jalan licin pulak tu. Sampaikan salam mama kepada Riz nanti.Don’t forget our lunch esok, see you tomorrow . Assalamualaikum”, dan Puan Sri Aishah mematikan talian.

Dan Afif kembali focus kepada pemanduannya di jalan raya. Jalan agak licin kerana dibasahi hujan sebentar tadi. Tetapi mujur juga sudah berhenti, kerana dia tidak membawa cermin matanya sekarang. Sudah tentu dia akan memandu seperti kura-kura patah kaki kini!

Namun dengan tidak semena-mena Afif mengukir senyum. Genggaman tangannya ke atas stearing wheel dikemaskan. Entah mengapa dia teringat kepada seseorang. Walaupun dia telah melarang dirinya dari berbuat begitu. Mungkinkah kerana, dia selesa dengan senyuman ikhlas gadis itu? Ataupun pertuturannya yang selamba dan jujur, sifat mudah tersenyum dan yang paling Afif rasa lucu ialah, melainkan gadis itu sedang berbicara sesuatu yang serius dia tidak boleh merenung kedalam mata orang lain. Seolah-olah dia pemalu! Ada lagikah spesies gadis pemalu sebegitu pada zaman ini? Tambahan pula, kedua orang tuanya turut menyenangi perwatakan gadis itu.

Hah, cuma satu sahaja perkara lagi yang masih menjadi misteri. Bagaimana Laila mengetahui nama adiknya ialah Haifa? Sedangkan semasa mereka tiba di meja makan tadi, tidak pula dia ingat sesiapa memperkenalkan diri mereka. Nak kata bersekolah sekali, tiada pula tanda-tanda adiknya itu mengenali Laila sebelum itu. Lagipun adiknya sendiri baru sahaja pulang dari luar negara sebulan yang lepas. Musykil.

“Kak Yaya ni. Tak nak balik hantar mesej je. Ibu tanya macam-macam tau. Adik yang kena attack. Last sekali adik cakap, yang akak dah telefon. Akak jumpa kawan lama akak and went back with her”, Laili memuncungkan bibirnya. Ketika itu dia sedang bergolek diatas katilku.

“Terima kasih Cik Laili Lutfi. Nanti kak Yaya belanja. Hah, ni Kak Yaya kena sponsor apa ni?”

“Sponsor? Wah, best ni! Orang kaya Filipina nak belanja. Ala, bagi jelah apa-apa yang kak Yaya suka”

“Hmmm, dah ada orang bayar duit sewa khemah tak?”

“Tak lagi”

“Berapa khemah adik sewa?

“Entahlah abah. Kak Yaya tanyalah dia nanti”, aku mengangguk ringkas. Entah mengapa kami tiba-tiba senyap. Sehinggalah telefon bimbit Laili berbunyi.

“Hello”

“Siapa ni?”

“Oh, abang ngah”, lama Laili terdiam. Aku bingkas bangun dan bergerak meninggalkan bilikku. Membiarkan Laili menjawab panggilan Abang ngah sendiri. Aku tidak mahu kacau daun. Sambil menuju ke arah dapur aku menghela nafas lega. Abang Ngah telah menunaikan janjinya kepadaku. Dia telah menelefon adik dan menjelaskan sebab mengapa dia tidak dapat menyerahkan sendiri duit itu kepada adik.

Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu, dan langkah kakiku terhenti. Hah, si Rizman yang tak guna tu langsung tidak menelefon aku. Aku sekadar menghantar mesej kepada lelaki itu bahawa aku pulang sendiri. Dan hari ini dia tidak telefon pun untuk bertanya sama ada aku selamat atau tidak. Huh, dasar lelaki kasanova! Biarlah, bukannya aku tergila-gilakan dia pun. Aku kembali menyambung mengatur langkah kearah dapur.

Didapur ibu dan kak long sedang mengemop lantai. Aku mengambil vacuum cleaner dan mula membuang sawang. Kami bekerja sambil berbual-bual. Mengenang kembali saat-saat kak long melangsungkan perkahwinannya. Ketika itu aku baru menamatkan pembelajaranku di sekolah menengah.

Lewat tengah hari itu, beberapa orang makcikku tiba bersama ahli keluarga mereka. Barangkali datang untuk membantu kami berkemas. Kerana malam esok kami akan melangsungkan majlis pertunangan adik. Suasana rumah bertambah meriah.

“Laili tu yang adikkan? Kenapa dia pulak kawin dulu, hah, Kak Som?” soal isteri pakcikku kepada kakak sulong ibuku.

“Laa, dah jodoh dia sampai dulu”, selamba sahaja Mak Long menjawab. Aku menggigit bibir menahan tawa. Sambil mencuri dengar dari tepi almari aku perlahan-lahan melangkah keluar dari ruang tv, tempat orang ramai membuat bunga rampai. Memang hal ini sudah aku jangka. Jadi aku tidak perlu terasa bukan? Namun entah mengapa jauh disudut hatiku, terdengar bunyi retakan kaca. Mungkinkah hatiku sedang memberiku petanda?

“Kak Yaya, ni hah ada peminat bagi”, adik saudaraku yang barangkali lebih kurang sebaya dengan Laili memberikan aku satu tin air Pepsi. Aku mengucapkan terima kasih dan sempat pula bertanya siapa ‘peminatku’ itu. Kata gadis cilik yang bernama Natasha Noelle itu, lelaki itu sedang memasang meja di bawah khemah dihadapan rumah.

Selamba sahaja aku keluar ke jalan di hadapan rumahku tanpa tudung. Ramai adik saudaraku yang lelaki sedang membantu memasang meja. Aku sekadar melihat-lihat. Tiada pula yang memberi reaksi. Lantas aku pun meneguk air Pepsi dengan selamba. Aku terasa bahawa aksiku itu seperti orang tidak betul apabila terlihat ramai yang berada dibawah khemah sedang meminum air tin. Barangkali ada yang baik hati belanja anak-anak muda yang bekerja itu minum. Dan mungkin Natasha hanya bergurau. Dan mungkin Pepsi hanya satu kebetulan, walaupun itu memang minuman kegemaranku.

Aku kembali berpijak di bumi yang nyata apabila terdengar suara seseorang memanggilku. Rupanya mereka mahu menyiapkan goodie bag yang akan diberikan kepada pada keluarga pihak lelaki yang akan tiba esok. Dan barang semua berada di dalam bilikku. Aku segera berlari anak memasuki rumah. Petang itu angin bertiup agak kuat. Dan tanpa aku sedari pin rambut rama-rama yang aku guna untuk mengikat rambutku itu terjatuh. Terasa seperti berada didalam iklan shampoo apabila rambutku yang separas pinggang itu jatuh berjuraian.

Dari jauh Mak Som sedang memerhati langkahku di hujung khemah. Dia tersenyum simpul.

“Is that the pengantin mak?”

“Hish, pengantin yang tadi baru lalu tu”

“Then who was that?”

“Yang tu kakak pengantin. Yang kerja di Filipina tu”

“Oh, tak kawin lagi mak?”

“Tak, kenapa? Kau berkenan ke Dan?” soal Umi Kalthum kepada anak tirinya itu. Walaupun hanya anak tiri, Umi Kalthum amat menyayangi Daniel. Ketika dia berkahwin dengan suaminya, dia sedia maklum dengan status duda beranak dua Rahimi. Rahimi pernah berkahwin dengan seorang wanita Eropah ketika belajar di New York dahulu. Dan mereka berpindah ke New York selepas berkahwin. Dan ketika kembali ke Malaysia 7 tahun dahulu, Daniel sedang menuntut di universiti dan tidak dapat ikut sama. Adik Daniel, Natasha Noelle pada waktu itu baru berada disekolah menengah dan pulang sekali bersamanya, suaminya dan seorang anak lelaki hasil perkongsiannya dengan Rahimi. Mungkin sebab itu Daniel tidak berapa mengenali keluarganya. Dan setahun lepas apabila Daniel dapat bertukar kerja ke Kuala Lumpur, kebetulan pula seminggu selepas Laila bertolak ke Manila. Takdir.

Anak mata Daniel tidak lepas mengekori setiap langkah Laila. Dia suka melihat rambut ikal hitam berkilat itu bergerak di belakang Laila. Dia harap Laila suka air Pepsi! Dan senyumannya kian melebar.

No comments:

Post a Comment